Sabtu, 13 Mac 2010

The Power Of Asalamualaikum

Lepas solat Jumaat di Presint 8, macam biasa kami terus keluar dari masjid. Saya melihat jemaah kebanyakannya juga tergesa-gesa meninggalkan masjid. Entah apa yang nak dikejar. Entah apa yang begitu urgent.
Biasanya kalau solat jemaah di surau, lepas solat dan berdoa bersama, sudah pasti akan bersalam-salaman antara jemaah yang hadir.Tapi kenapa amalan ini tidak diendahkan selepas solat Jumaat?.
Begitulah juga dengan saya. Terus masuk kereta nak balik ke ofis. Tetiba saya merasakan rugi kerana tidak mengambil inisiatif untuk bersalaman dengan jemaah masjid tadi. Lalu saya teringatkan tentang the power of 'Asalamualaikum'. Saya pun buka tingkap kereta lalu semua yang berjalan sebelah kereta saya, saya pandang kedua belah mata mereka sambil tersenyum saya jeritkan 'Asalamualaikum' dengan nada ceria. Nah!! mereka pun menjawab dengan nada yang ceria juga. Waduh..saya sungguh merasa puas.Ye, kalau kita halusi satu-persatu rukun islam pun iaitu dari mengucap 2 kalimah, solat, berpuasa, sedekah dan haji kesemuanya mempunyai elemen penyatuan yang ampuh. Begitulah juga dengan ucapan yang mudah tetapi amat liat untuk dilakukan iaitu ucapan'Asalamualaikum'. Wallahualam.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan