Jumaat, 26 Februari 2010

I luv Senggarang!



50 tahun dulu aku lahir di Parit Hamid Senggarang Batu Pahat Johor.Kini amat jarang balik. Dah beranak 6. Ibu dan bapa pun dah tiada.Yang ada long dan Kak Ipar (Kak Ngah). Yang pasti Senggarang kan tetap dihati. Aku dibesarkan disana hingga habis tingkatan 5. Lepas itu semasa kedua orang tua masih ada aku kerap balik ziarah mereka.Kini kawan-kawan masa kecil pun dah merantau bermastautin merata tempat. Agaknya dengan adanya blog ini akan mendorong aku menyusuri mereka. Ye..kenangan masa kecil takkan dapat dilupakan. Ianya adalah sebahgian dari hidup kami.Mengingati keindahan episod yang dilalui masa kecil boleh buat kita tersenyum sendirian..nah!! tetiba mood kita boleh berubah menjadi seronok dan happy.

Ahh! Aku memulakan blog Senggarang ini sebagai satu usaha mengumpulkan maklumat setakat yang aku mampu mengenai tanah tumpah darah aku ini. Mungkin juga nanti dapat digunapakai oleh generasi akan datang. Sebagai perbandingan maupun sekadar kenang-kenangan. Tentunya kini Senggarang telah melakar sejarahnya tersendiri. Oh..masa berlalu begitu pantas. Aku terus sibuk dibuai mimpi. Mungkin juga anak-anak jati Senggarang seperti aku terus mengejar mimpi yang berbagai-bagai. Tanpa disedari usia sudahpun mencecah setengah abad.

Tetiba hati aku tergerak untuk memulakan Blog SENGGARANG.