Ahad, 25 Julai 2010

Pesakit kronik hari ini berhak untuk mendapatkan rawatan tepat dan terbaik- Kes Sakit Tulang Belakang

...Pengalaman banyak pesakit sebelum ini yang gagal sembuh daripada sakit kronik sehingga ada di antara mereka lumpuh sepanjang hayat akibat daripada kelemahan menguruskan jenis rawatan patut dijadikan iktibar.

read more

Jumaat, 23 Julai 2010

Masak Lemak Lala


Dah lama teringin nak makan lala masak lemak ni, tapi asyik tertangguh jer. Tapi berjaya juga masak malam tadi.

read more

Ahad, 18 Julai 2010

Kempen Kesedaran Denggi Semakin Giat--Ayuh Kita Kenali Wabak Ini Lebih Dekat Lagi!!



Manusia dijangkiti kuman virus denggi melalui gigitan nyamuk. Virus denggi ini hidup dan berkembang biak di dalam air liur nyamuk. Ia memerlukan masa pengeraman selama lapan hingga sepuluh hari untuk berkembang biak dan terkumpul di dalam air liur nyamuk. Nyamuk yang telah dijangkiti akan terus membawa virus denggi sepanjang hidupnya. Apabila nyamuk aedes betina menggigit manusia atau haiwan ia akan memasukkan sekali virus denggi yang ada terdapat dalam air liurnya ke dalam sistem aliran darah manusia. Apabila nyamuk aedes betina menghisap darah manusia yang mengandungi virus denggi ia akan melengkapi kitaran hidup virus tersebut dan menyebarkan kepada orang lain. Penularan virus denggi boleh juga terjadi apabila nyamuk aedes betina sedang menghisap darah orang yang dijangkiti virus denggi diganggu dan nyamuk itu dengan segera menggigit orang lain pula. Ini akan menyebabkan virus yang terdapat dalam belalai nyamuk tersebut akan masuk ke dalam peredaran darah orang kedua tanpa memerlukan masa pengeraman. Cara ini dipanggil ´penularan mekanikal´. Selain itu, jangkitan virus denggi boleh juga berlaku melalui penularan transovari di mana ia merupakan suatu proses penularan agen penyakit daripada serangga betina melalui telur, jentik-jentik hingga kepada serangga dewasa generasi berikutnya. Penularan transovari sangat penting bagi virus denggi kerana proses ini membolehkan virus tersebut berkekalan di persekitaran. Melalui proses penularan ini nyamuk bukan sahaja berperanan sebagai agen pembawa...

read more

Sabtu, 17 Julai 2010

Tak Syak Lagi 'On The Run' Paling Berjaya Di Tengah Malam.


Malam Khamis yang lepas saya terpaksa 'on the run' ke Segamat. Lama sungguh rasanya tak driving di tengah malam/dah nak pagi.Jam 4.00 pagi saya bertolak dari rumah di Puncak Alam. Sampai di Seremban saya terasa dahaga dan ingin juga mengisi minyak kereta. Saya ternampak Shell dan terus menuju tapi rupanya tutup. Saya lihat banyak kenderaan berada di stesen minyak yang satu lagi. Rupanya stesen minyak ESSO. 'On the run'nya begitu ceria dengan slogan 'Fast-Fresh-Friendly'. Tak sangka walaupun stesen esso bagi saya jauh ketinggalan dengan Petronas dan Shell tapi yang di R&R Seremban ini ia begitu membantu pemandu di tengah malam.

Selasa, 13 Julai 2010

Sajak 1000 Makna Dari Colombo

TIADA YANG MUSTAHIL

Semua mimpi itu mungkin
direalisasikan oleh tekad
tiada yang mustahil
dalam perjalanan usia
yang semakin pendek
biar sekadar transit
tanpa destinasi
dan resolusi

Jatuh bangun adalah permainan
realiti mengubah kehidupan
melangkah lagi, mencabar keadaan

BACA TERUS

Ahad, 11 Julai 2010

Are you willing to fail to the point of success?

Failure is what leads to success; it is proof of action. All your efforts that lead to failure should be praised and rewarded, for they are moving you in the direction of the success.

In all areas of life, the people who are forging ahead with progress are the ones willing to fail, because they know enough failures lead to success. They know that success is just being deferred with each failure, not prevented.

The only way to surely fail is to stop attempting. If you fail twice and give up, you can now be sure you will not succeed. But you are the one placing the guarantee on it not the situation.

The key is to just keep going.

Thomas Edison sought failure eagerly, he knew with each failure he was a little closer to a solution. The faster he failed, the sooner he got to the prize.


Success is going from failure to failure without loss of enthusiasm. - - Winston Churchill
more

Khamis, 1 Julai 2010

Isu 40 Ulama Muda dari kacamata Ahli UMNO

KUALA LUMPUR, 1 Julai — Bekas Yang Dipertua Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (Yadim), Datuk Nakhaie Ahmad mendakwa kumpulan 40 ulama yang menyertai Umno Jumaat lalu adalah pengikut bekas mufti Perlis Dr Mohd Asri Zainul Abidin dan mempunyai agenda tersendiri apabila menyertai parti tu.

Beliau berkata Asri menghantar pengikutnya supaya aliran pemikiran dan idealoginya dapat disalurkan ke dalam kepimpinan Umno.

“Ulama yang menyertai Umno baru-baru ini adalah pengikut Asri yang dihantar untuk menyampaikan aliran pemikiran beliau ke dalam Umno.

more