1)Bukan Len Chee Kang pulak dahhh...tapi Leng Chee Kang.
Siapa yg tak pernah makan di Benteng ?
Disini lah antara tempat mula perkenalan dengan si Chee Kang ni. Sejak dari itu, mulalah timbul bibit2 percintaan. Cinta pandang pertama lah katakan.
Jadi cuba lah bayangkan bila ada orang yg mencemar kesucian si Chee Kang ni ? Betapa tak patutnya mereka !
Dah lah nama di ubah jadi Lai Chi Kang, bentuk rupa nya pun di cemar juga.
Untuk sekian kali nya di peringatkan bahawa tiada laici di dalam Leng Chee Kang. Tidak mungkin ! Kalau tak kenal Leng Chee Kang, janganlah mengguna nama tu untuk melariskan jualan air laici campuran.
Cuba cari Chee Kang di Bangsar Food Court di sebelah Masjid. Kalau jumpa Station 21 (tempat jual steak paling sedap di KL), mintalah Leng Chee Kang. Dulu sebelum di ubahsuai Food Court tu, mereka sendiri sediakan. Sekarang, buleh di dapati dikedai sebelah. Tapi kualiti masih terjamin asli.
Jika rajin buat lah sendiri. Itu lebih baik dari sakit hati bila minum digerai yg mengaku jual Leng Chee Kang, tapi jual air entah apa2.
Leng Chee bermaksud biji teratai (Lotus Seed). Jadi bahan asas yg perlu ada ialah biji teratai. Antara bahan lain ialah air mata kuching, red date, white fungus, barli dan gula batu. Kalau suka boleh juga letak biji sagu dan halua.
Jika nak tahu resipi terus ke..
from around the blog.
2) Resipi Lai Chee Kang
bahan-bahan:
kurma merah
biji teratai
kembang semangkuk
cendawan putih - potong kecil2
halwa kundur
gula batu yg kaler brown (gula batu tebu)
biji selasih
(semua bahan2 ni boleh di beli di giant secara bulk. sukatannya, ikut suka korangla nak buh byk mana. dalam segenggam setiap jenis ke... sebab kalau dah campur2 nt jadi banyak )
cara2 memasaknya:
Rebus kurma merah, cendawan putih dan biji teratai hingga empuk.
Bila empuk masukkan gula batu mengikut rasa dan halwa kundur.
boleh tambah air jika air dah berkurangan dan rasa agak manis.
Sementara tu rendam kembang semangkuk dalam air panas hingga kembang.
rendam juga biji selasih dalam air panas/sejuk.
Angkat rebusan kurma dan masukkan kembang semangkuk yang telah kembang di dalam mangkuk (hehehehe) serta biji selasih.
kalau nak tambah lagi bahan2nya, boleh masukkan laici dalam tin atau nata de coco.
Ada orang suka bubuh kacang goreng ke kismis ke, ikut kreativiti masing2 lah
Sedap diminum suam2 dan amat menyegarkan badan setelah meminumnya....
Kuliah kpj.
13 tahun yang lalu
Tiada ulasan:
Catat Ulasan