Forum yang dianjurkan bersama oleh Merdeka Review, Jawatankuasa Sosial-Ekonomi Dewan Perhimpunan Cina KL-Selangor semalam menarik kira-kira 100 orang hadirin. Selain Wong Shu Qi, barisan ahli panel termasuklah ahli parlimen Batu-PKR Tian Chua, ADUN Teratai-DAP Jenice Lee, dan Penyelaras Sibu Election Watch (SEW) Ong Boon Keong.
Suasana politik yang berbeza antara Malaysia Timur dan Barat mungkin antara faktornya SUPP memainkan semula isu "Negara Islam" di kalangan komuniti Cina-bukan Islam, biarpun isu ini terbukti hilang mujarabnya setelah dicuba MCA di Semenanjung, semasa dan selepas PRU ke-12.
Untuk beberapa hari SUPP cuba mengasak isu ini kepada DAP, namun serangan ini berjaya dipatahkan apabila pemimpin PAS seperti bekas Menteri Besar Perak, Mohd Nizar Jamaluddin, Mohamad Sabu dan lain-lain tampil untuk meredakan keresahan dan keraguan komuniti Cina-bukan Islam.
Sesungguhnya, suasana politik Sibu diselubungi ketakutan, lantaran kawalan sosialnya yang begitu ketat, bukan sahaja perisik di merata tempat, tetapi jalinan hubungan yang rapat dalam komuniti tersebut sehingga hilang kerahsiaan peribadi. Penduduk didapati masih bersikap dingin terhadap politik, takut diambil gambar dan menyatakan pendirian secara terbuka, kata Wong Shu Qi (gambar atas).
Namun demikian, keadaan berubah sedikit demi sedikit sebagaimana yang diperhatikan dalam PRK Sibu ini. Jenise Lee berkata, biarpun ramai pengundi yang menunjukkan sokongan terbuka mereka kepada SUPP, tetapi mereka sebenarnya menyokong DAP-PR secara senyap-senyap ketika memangkah undi. Malah, Lim Kit Siang yang 10 tahun lalu perlu disorok di hotel sebelum dan selepas ceramah, kini lebih disenangi dan disambut mesra oleh penduduk tempatan.
"10 tahun yang lalu, suasana begitu janggal, di mana komuniti tempatan bimbang ancaman 'pengaruh luar', iaitu dari semenanjung, tapi kali ini mereka mengalu-galukan kedatangan kami, malah mengundang kami supaya lebih kerap melawat tempat mereka," kata Jenise Lee.
more
Kuliah kpj.
13 tahun yang lalu
Tiada ulasan:
Catat Ulasan