Badak Sumbu tergolong di dalam Order Perissodactyla dan famili Rhinocerotidae. Terdapat dua subfamili badak sumbu iaitu yang mempunyai satu sumbu dan yang mempunyai dua sumbu.
Lima spesis badak yang ditemui iaitu Badak Hitam (Diceros bicornis), Badak Sumbu Putih (Ceratotherium simum) di Afrika, Badak Kerbau (Dicerorhinus sumatrensis), Badak Sumbu India (Rhinoceros unicornis) dan Badak Raya (Rhinoceros sondaicus) di Asia. Perkataan rhinoceros bermaksud ‘hidung yang mempunyai tanduk’. Ini amat bersesuaian memandangkan hanya spesis badak sumbu yang mempunyai sumbu di atas hidungnya.
Adapun gambar badak sumbu sedang memecut lari di atas diambil oleh Mr Tony
( lihat link)Ilham untuk masukkan cerita badak sumbu ini bilamana anak darjah satu tetiba tanya "bah apa binatang tanduk di hidung?. Lalu saya pun teringat betapa uniknya baadak makhluk Allah. Wallahualam.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan