Ahad, 5 September 2010

Denggi Menyerang Lagi - MPS 'surrender' ..


Kini sudah masuk hari ke empat Afiq demam. Namun, pusat pembiakan nyamuk di belakang rumah kami kekal begitu. MPS sudah mengisytiharkan, Dengi sudah tidak terkawal di kawasan kami. Cuma belum ada kematian sahaja direkodkan.

Denggi mula menyerang kawasan kejiranan kami kira-kira sebulan lalu. Ahmad, jiran sebelah rumah empat hari masuk hospital Sungai Buluh kerana Denggi. Apabila beliau balik ke rumah, pasukan kesihatan yang terdiri dari enam kakitangan dari Majlis Perbandaran Selayang (MPS) datang mengetuk setiap rumah di kejiranan kami dan meminta supaya semua bekas-bekas takungan air dimusnahkan kerana Denggi sedang menyerang. Antaranya pelapik pasu, tayar tidak digunakan, baldi atau bekas air dan sebagainya.

read more

Tiada ulasan:

Catat Ulasan