Jumaat, 4 Jun 2010

Puasa dijangka 11 Ogos, Aidilfitri 10 Sept.

Umat Islam di negara ini dijangka mula berpuasa pada Rabu, 11 Ogos ini manakala Hari Raya Aidilfitri disambut pada Jumaat 10 September.

Penyelaras Unit Penyelidikan Ilmu Falak dan Sains Atmosfera Universiti Sains Malaysia (USM), Prof. Madya Nasirun Mohd. Salleh berkata, jika tarikhnya begitu, umat Islam akan berpuasa selama 30 hari.

Bagaimanapun, beliau menegaskan tarikh sebenar puasa dan Hari Raya Aidilfitri tertakluk sepenuhnya kepada perisytiharan Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja kelak.

Menurutnya, pada 29 Syaaban 1431H bersamaan 10 Ogos, kedudukan bulan memenuhi kriteria Imkanur-rukyah (kebolehnampakkan) iaitu umur bulan lebih lapan jam kerana ijtimak berlaku.

"Dengan kedudukan bulan memenuhi kriteria Imkanur-rukyah, maka 1 Ramadan 1431 Hijrah jatuh pada Rabu 11 Ogos 2010,''

Tiada ulasan:

Catat Ulasan